Images
  • Lee Hsien Loong
    Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar fail: MCI)

PM Lee ke London bagi Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di London bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) pada 19 dan 20 hari bulan ini.

Mesyuarat itu diadakan dua tahun sekali dan temanya tahun ini adalah "Ke arah Masa Depan yang Sama".

Para pemimpin dijangka membincangkan isu-isu sejagat dan serantau yang menjadi keprihatinan serta meninjau kemajuan yang dicapai Komanwel.

PM Lee juga akan mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya di luar mesyuarat itu.

Beliau diiringi Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan serta para pegawai kanan lain.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Lim Hng Kiang akan memangku jawatan Perdana Menteri semasa PM Lee di luar negara.

- CNA/NT/nk

Top