Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee dan pemimpin Finland, Poland sambut baik pemeteraian EUSFTA

Kesatuan Eropah (EU) dijangka memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Singapura pada lewat hari ini (19 Okt) di Sidang Puncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) yang ke-12 di Brussels.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee dan pemimpin Finland, Poland sambut baik pemeteraian EUSFTA

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 07:52PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 08:01PM

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) dijangka memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Singapura pada lewat hari ini (19 Okt) di Sidang Puncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) yang ke-12 di Brussels.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan 50 pemimpin lain dari Asia dan EU menghadiri sidang selama dua hari itu.

Mereka akan membincangkan mengenai pelbagai isu antarabangsa, termasuk dagangan dan pelaburan, perubahan iklim dan cabaran geopolitik. Isu pelucutan nuklear dan keamanan di Semenanjung Korea, serta krisis Rohingya di Myanmar juga dalam agenda sidang tersebut.

Sementara itu, Singapura dan Poland mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura (EUSFTA).

Semasa mesyuarat yang diadakan di luar sidang puncak itu, PM Lee dan rakan sejawatannya dari Poland, Mateusz Morawiecki, berkata selepas perjanjian itu disahkan, ia akan menyediakan satu rangka kerja positif bagi lebih banyak kerjasama.

Kedua-dua pemimpin juga mengesahkan hubungan dua hala antara Singapura dengan Poland yang semakin erat dan kukuh.

PM Lee turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Finland, Juha Sipilä. Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan perubahan iklim.

PM Lee juga menarik perhatian bahawa Finland adalah antara peneraju dalam bidang pendidikan dan kedua-dua negara boleh saling mempelajari antara satu sama lain. 

Sumber : CNA/MM/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan