Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan Raya Kecil Bukit Batok: Perbelanjaan Dr Chee S$5,000 lebih tinggi berbanding Murali

Had perbelanjaan yang ditetapkan ELD adalah S$4 bagi setiap 25,727 pengundi berdaftar di kawasan undi perseorangan itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2016 10:41AM Dikemas Kini : 15 Jun 2016 09:27PM

SINGAPURA: Chee Soon Juan dari Parti Demokratik Singapura (SDP) membelanjakan S$5,000 lebih tinggi berbanding pesaingnya Murali Pillai dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Batok bulan lalu.

Menurut perbelanjaan yang diserahkan kepada Jabatan Pilihan Raya (ELD), Dr Chee, calon yang kalah dalam pilihan raya tersebut, membelanjakan S$87,200.42 bagi pilihan raya itu berbanding S$82,091 oleh Encik Murali.

Had perbelanjaan yang ditetapkan ELD adalah S$4 bagi setiap 25,727 pengundi berdaftar di kawasan undi perseorangan itu.

Dr Chee membelanjakan S$3.39 untuk setiap pengundi sementara Encik Murali pula S$3.19 bagi setiap pengundi.

Encik Murali memenangi pilihan raya kecil itu setelah meraih 14,428 undi atau 61 peratus daripada keseluruhan undi.

Berdasarkan setiap dolar yang dibelanjakan bagi satu undi yang diperolehi, perbelanjaan Encik Murali adalah S$5.69, manakala Dr Chee pula $9.54.

Undang-undang mewajibkan bagi setiap calon untuk menyerahkan perbelanjaan kempen pilihan raya mereka kepada ELD selepas pilihan raya tersebut.

Dr Chee berbuat sedemikian pada 9 Jun dan Encik Murali pula sehari kemudian.

Orang ramai yang ingin memeriksa perbelanjaan kempen pilihan raya itu boleh berbuat demikian dalam masa enam bulan bermula hari ini (15 Jun) di ELD.

ELD akan mengenakan bayaran S$2 bagi setiap perbelanjaan yang diperiksa. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan