Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesuruhjaya Badan-Badan Amal haramkan 2 individu ini daripada kumpul dana bagi kebajikan

Pesuruhjaya Badan-Badan Amal (COC) mengharamkan dua individu - Noryana Mohamed Salleh dan Rajzaed Sedik - daripada mengumpulkan dana bagi sebarang tujuan kebajikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesuruhjaya Badan-Badan Amal haramkan 2 individu ini daripada kumpul dana bagi kebajikan
Diterbitkan : 12 Oct 2018 06:19PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 06:22PM

SINGAPURA: Pesuruhjaya Badan-Badan Amal (COC) mengharamkan dua individu - Noryana Mohamed Salleh dan Rajzaed Sedik - daripada mengumpulkan dana bagi sebarang tujuan kebajikan.

Pengharaman tersebut berkuat kuasa hari ini (12 Okt), menurut COC dalam satu kenyataan media.

Usaha-usaha pengumpulan dana yang mereka lakukan "tidak diuruskan dengan betul" dan melanggar syarat-syarat badan amal, tambah COC.

Kedua-dua Noryana dan Rajzaed merupakan bekas kakitangan Bedok Youth Society for the Disabled (BYSD). Setelah mereka meninggalkan pertubuhan itu, mereka mencuri buku-buku resit BYSD, untuk digunakan memperdaya para penderma.

Para penderma itu akan menderma, dengan tanggapan bahawa ia untuk BYSD - bagaimanapun ia disimpan oleh Noryana dan Rajzaed. Jumlah keseluruhan yang dikumpulkan sekitar S$10,000.

Kedua-dua Noryana dan Rajzaed diberkas setelah BYSD melaporkan pengumpulan dana yang tidak sah kepada pihak polis.

Dalam satu kiriman emel kepada Mediacorp, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), mengesahkan bahawa Noryana dan Rajzaed didakwa di Mahkamah Negara atas kesalahan mencuri dan menipu, dan dijatuhi hukuman penjara selama 36 minggu pada Mei.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan