Images
  • vettel (1)
    Daniel Ricciardo. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Peserta Grand Prix Formula 1 Singapura, adakan latihan pertama

SINGAPURA: Para peserta Grand Prix Formula One Singapura, mengadakan latihan pertama hari ini (14 Sep).

Litar Marina Bay yang mencabar, secara tradisinya memang menjadi kegemaran pasukan Red Bull dan Ferrari.

Daniel Ricciardo dan Max Verstappen tidak menghampakan apabila mencatat masa terpantas dalam sesi latihan pertama.

Pasangan Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen mencatat masa kedua terpantas.

Juara bertahan dunia, Lewis Hamilton dari Pasukan Mercedes, menduduki tempat keenam.

Bercakap kepada media sebelum ini, Hamilton menyuarakan azamnya untuk memenangi Grand Prix Singapura.

Hamilton menjuarai GP Singapura Singapore Airlines tahun lalu dan pernah menang dua kali di Litar Jalan Raya Marina Bay sebelum ini pada 2009 bagi pasukan McLaren Mercedes dan 2014 bagi pasukan Mercedes.

Bagaimanapun Hamilton dijangka mendapat saingan sengit daripada Vettel.

Vettel juga pernah menjadi juara dalam GP Singapura empat kali sebelum ini – tiga kali sebagai pemandu Red Bull Racing Renault pada 2011, 2012 serta 2013 dan sebagai pemandu Ferrari pada 2015.

- CNA/MM/na

Top