Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat SIA dengan 272 penumpang langgar jambatan udara

Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang membawa 272 penumpang dan 12 anak kapal melanggar jambatan udara di Lapangan Terbang Changi pada Selasa (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat SIA dengan 272 penumpang langgar jambatan udara

Gambar fail pesawat SIA Airbus A330-300 (Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 07:40PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 07:44PM

SINGAPURA: Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang membawa 272 penumpang dan 12 anak kapal melanggar jambatan udara di Lapangan Terbang Changi pada Selasa (18 Sep).

Pesawat SIA SQ178 dijadual berlepas dari Singapura ke Ho Chi Minh City pada 9.45 pagi.

Penerbangan itu tergendala selepas fisulaj hadapan pesawat Airbus A330-300 itu terkena bahagian belakang jambatan tersebut, dedah jurucakap SIA kepada Mediacorp.

"Semua penumpang dan kakitangan turun seperti biasa menggunakan jambatan udara sebelah depan. Para penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang menuju ke Ho Chi Minh City," menurut jurucakap itu.

Kerosakan pada pesawat itu sedang dinilai dan siasatan akan dijalankan untuk menentukan bagaimana insiden tersebut berlaku, tambah jurucakap tersebut.

Disebabkan kelengahan itu, pesawat berlepas dari Singapura pada 12.00 tengah hari dan mendarat di Ho Chi Minh City pada 12.45 tengah hari waktu tempatan - hampir dua jam dari yang dijadualkan.

Dalam kenyataannya pada Rabu (19 Sep), Changi Airport Group (CAG) menyatakan bahawa jambatan udara itu remuk sedikit akibat insiden tersebut namun sudah dibaiki.

CAG menambah, kakitangan lapangan terbang turut menghulurkan bantuan kepada penumpang terjejas.

"CAG akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat berhubung siasatan yang dijalankan," tambah syarikat tersebut.

Insiden tersebut adalah yang terbaru yang menjejas syarikat penerbangan Singapura itu.

Awal bulan ini, para penumpang SIA terkandas di lapangan terbang Mumbai selepas satu ancaman bom dibuat. Seminggu kemudian pada 15 September, pesawat SQ247 dari Melbourne ke Wellington dibatalkan selepas juruterbang gagal ujian alkohol.

Pada Jun, SIA menyatakan ia sedang menyiasat aduan yang mendakwa kakitangan kabin berkelakuan tidak sopan terhadap para penumpang dalam penerbangan ke India yang tergendala akibat "isu teknikal". Lewat bulan itu, satu lagi penerbangan SIA dari Singapura ke Melbourne tergendala selepas gelongsor kecemasan "diaktifkan secara tiba-tiba".

Pada Mei, sebuah pesawat dari Singapura ke Kolkata terkandas di landasan selama 20 minit selepas mendarat di India akibat kebocoran sistem hidraulik.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan