Persatuan Palang Merah S'pura bangunkan kurikulum pupuk sifat kasih sayang & Ihsan
Persatuan Palang Merah Singapura membangunkan kurikulum Project C.A.R.E bagi murid-murid prasekolah, bersama rakan kerja pendidikan awal kanak-kanak, Kidz Meadow.
SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura membangunkan kurikulum Project C.A.R.E bagi murid-murid prasekolah, bersama rakan kerja pendidikan awal kanak-kanak, Kidz Meadow.
Projek dua tahun itu bertujuan memupuk sifat kasih sayang, membantu, sentiasa siaga dan ihsan.
Seramai 1,200 murid dari 60 prasekolah akan menyertai Project C.A.R.E tahun ini. Bilangannya dijangka mencapai 3,000 murid pada tahun depan.
Palang Merah Singapura sudahpun melatih 100 guru tadika yang akan menggunakan buku Panduan Guru bagi mengajar anak-anak murid mereka.
"Terdapat kegiatan-kegiatan yang kami perkenalkan untuk guru-guru untuk dilakukan di sekolah bersama anak-anak.
" Jadi melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengenali tentang keperluan orang lain dalam masyarakat yang kurang mampu, keperluan untuk orang-orang tua," kata Pengurus besar MERCU Learning Point, Salhawaty Abdul Ghani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.