Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan pas MACS di S'pura digantung serta-merta sehingga notis lanjut

Permohonan bagi pelekat Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) untuk memasuki Johor digantung dengan serta-merta sehingga notis lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan pas MACS di S'pura digantung serta-merta sehingga notis lanjut

Gambar fail Koswe. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

BERITAMediacorp: Permohonan bagi pelekat Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) untuk memasuki Johor digantung dengan serta-merta sehingga notis lanjut.

Demikian menurut laman Third Link yang mengendalikan khidmat tersebut di Singapura.

Sumber BERITAMediacorp memaklumkan beliau juga mendapat penjelasan serupa semasa melakukan kunjungan ke pejabat tersebut yang terletak di Hotel Orchard Parade, kelmarin.

Penggantungan berkenaan sudah mula berkuat kuasa sejak 12 Jun lalu.

Dalam notis berkenaan, pihak Third Link menjelaskan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia mengarahkan agar langkah itu diambil.

Bagaimanapun, pemegang pas MACS sedia ada masih boleh terus memanfaatkan pas itu sehingga tamat tempoh pas tersebut.

Pas MACS bertujuan "memudahkan dan menjimatkan masa" pelawat dari Singapura bagi proses pelepasan "lebih lancar" di pusat-pusat pemeriksaan Malaysia, menurut laman berkenaan.

Sebelum ini, para pemohon perlu ke kaunter khidmat di pusat pemeriksaan Koswe dan Linkedua untuk membuat permohonan itu.

Namun, sejak 15 September 2015, permohonan MACS hanya boleh dibuat melalui sebuah syarikat di Singapura, di Hotel Orchard Parade.

Kaunter cawangan MACS di sini memproses semua permohonan pada yuran S$35, yang boleh diperbaharui setiap tahun.

Syarikat Third Link dilantik Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura bagi mengendalikan Pusat Sehenti untuk permohonan Visa Malaysia dan MACS di sini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan