Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan melonjak bagi e-skuter yang penuhi piawai keselamatan baru

Dalam kalangan puluhan model e-skuter yang dijual di Singapura, hanya satu saja yang memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) buat masa ini. Menurut sesetengah peruncit, stok bagi model tersebut laris dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan melonjak bagi e-skuter yang penuhi piawai keselamatan baru

Petikan skrin penjualan eskuter Segway Ninebot yang mematuhi piawaian UL2272

Diterbitkan : 15 Sep 2018 09:39AM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 09:45AM

SINGAPURA: Dalam kalangan puluhan model e-skuter yang dijual di Singapura, hanya satu saja yang memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) buat masa ini. Menurut sesetengah peruncit, stok bagi model tersebut laris dijual.

Permintaan bagi Segway Ninebot ES2 melonjak sejak pemerintah mengumumkan pada Isnin (10 Sep) bahawa semua alat mobiliti peribadi (PMD) bermotor yang tidak ada sijil UL2272 akan diharamkan menjelang 2022.

Salah satu peruncit, Scootersg, menyatakan pada Jumaat (14 Sep) bahawa bekalan bagi model tersebut "habis dijual buat masa ini" dan syarikat itu sedang cuba mempercepatkan bekalan baru.

Seorang jurujual scootersg berkongsi dengan Mediacorp bahawa ramai pelanggan membuat tempahan untuk model itu kerana ia "satu-satunya model di Singapura" yang memenuhi piawai UL2272.

Seorang pengguna Carousell dengan nama 'Reservevault' yang menjual Segway Ninebot ES2 pada harga S$670 memberitahu Mediacorp bahawa stoknya untuk model itu turut kehabisan dan bekalan baru akan tiba pada minggu depan.

MODEL LAIN ADA CIRI LEBIH BAIK

Meskipun demikian, jurucakap bagi salah satu peruncit terbesar PMD, Falcon PEV, mendedahkan bahawa terdapat banyak jenama lain yang meskipun tidak memathui UL2272 "mempunyai ciri-ciri lebih baik dan merupakan pilihan lebih baik untuk pelanggan".

"Para pelanggan mahukan pilihan, mereka pentingkan ciri-ciri - kelajuan, daya tahan skuter dan lain-lain. Segway sebelum ini bukanlah model yang popular," kata Encik Eugene Ng.

Bagi pengurus besar Mobot Encik Chew Boon Hur, beliau tidak berhasrat untuk mengambil stok bagi skuter Segway itu. Sebaliknya, beliau akan menerangkan kepada pembeli bahawa skuter yang sedia ada hanya boleh digunakan buat dua tahun dan tiga bulan dan menyerahkan kepada para pembeli untuk membuat pertimbangan.

Encik Chew juga menjangkakan harga skuter yang memenuhi piawai UL2272 akan melonjak dalam masa beberapa bulan mendatang dan menasihatkan para pelanggan supaya jangan membeli secara terburu-buru.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan