Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan khidmat kereta sewa privet dijangka meningkat semasa Piala Dunia

Para pemandu jangka permintaan khidmat kereta sewa privet naik kira-kira 10% hingga 20% pada waktu malam semasa musim Piala Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2018 10:04PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 10:11PM

SINGAPURA: Ramai peminat bola sepak di Singapura sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan-perlawanan secara langsung di luar rumah, sedang kejohanan bola sepak Piala Dunia bermula di Rusia.

Keadaan itu dijangka meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan kereta sewa privet.

Beberapa pemandu kereta sewa yang ditemui pihak Mediacorp berkata permintaan bagi perkhidmatan mereka dijangka naik kira-kira 10 hingga 20 peratus pada waktu malam semasa musim Piala Dunia.

Perlawanan-perlawanan Piala Dunia di Rusia kali ini berlangsung pada sebelah malam dan dini hari waktu Singapura.

Meskipun begitu ramai peminat bola sepak dijangka tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton bersama-sama perlawanan Piala Dunia di luar rumah terutama sekali, khususnya yang melibatkan pasukan-pasukan terkenal.

Kebanyakan pemandu teksi dan kereta sewa privet berharap perniagaan akan bertambah baik pada malam waktu malam dan awal pagi sepanjang musim Piala Dunia sekarang.

Bagi para peminat bola sepak yang merancang untuk berada di luar rumah bagi menonton Piala Dunia, khidmat kereta sewa privet merupakan pilihan yang popular.

"Memandangkan tidak ada bas pada waktu malam, agak susah untuk pergi sendiri. Maka itu, saya bergantung kepada Grab pada dini hari," menurut seorang penumpang yang ditemui.

Di pihaknya pula, Grab mula menghentikan khidmat GrabShare awal bulan ini antara 1.00 pagi hingga 5.00 pagi, atas sebab keselamatan.

Meskipun demikian, para penumpang memberitahu pihak Mediacorp, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pengangkutan pulang ke rumah.

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan