Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlukan bantuan kewangan? TAA buka permohonan dari 17 hingga 31 Mac

Golongan memerlukan yang ingin memohon bagi dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 2018, boleh mula membuat permohonan antara 17 hingga 31 Mac 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlukan bantuan kewangan? TAA buka permohonan dari 17 hingga 31 Mac

Logo Tabung Amal Aidilfitri. (Gambar: Facebook/TAA)

SINGAPURA: Golongan memerlukan yang ingin memohon bagi dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 2018, boleh mula membuat permohonan antara 17 hingga 31 Mac 2018.

Demikian menurut TAA dalam satu kenyataan medianya hari ini (14 Mac), yang menjangka akan menerima lebih daripada 3,000 pemohonan tahun ini. Tahun lalu pihaknya menerima 3,011 pemohonan.

Pemohon hendaklah berstatus rakyat Singapura atau penduduk tetap dengan pendapatan bulanan keluarga kurang daripada S$1,500, atau pendapatan per kapita tidak melebihi S$500. Pemohon juga harus berusia 29 tahun ke atas pada 1 Januari 1990.

Para pemohon perlu mengisi borang dan menyerahkannya ke TAA sebelum tanggal 31 Mac ini, ke alamat berikut:

TAA Trust Fund,
845 Geyland Road,
Tanjong Katong Complex, #04-10
Singapura 400845

Borang-borang pemohonan boleh didapati di laman web TAA www.taa.org.sg mulai 17 Mac 2018, atau di 16 masjid berikut:

Masjid Al-Amin, Masjid Al-Ansar,
Masjid Al-Iman, Masjid Al-Istiqamah,
Masjid Al-Muttaqin, Masjid An-Nur,
Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah,
Masjid Assyakirin, Masjid Darul Ghufran,
Masjid Darussalam, MasjidDarul Makmur,
Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Muhajirin,
Masjid Mujahidin dan Masjid Sultan.

Selain masjid-masjid tersebut, borang pendaftaran juga boleh didapati di pejabat TAA, Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan PPIS – FSC (West), tambah TAA.

Orang ramai boleh menghubungi talian TAA 6748 8177 semasa waktu pejabat untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan