Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkembangan pertikaian Laut China Selatan tidak harus dipandang ringan, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (13 Nov) berkata bahawa negara anggota ASEAN sudah bersetuju untuk memulakan rundingan secara rasmi dengan China berhubung kod tatalaku yang akan mentadbir urus bagaimana pertikaian Laut China Selatan ditangani.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkembangan pertikaian Laut China Selatan tidak harus dipandang ringan, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri China Li Keqiang serta ASEAN di sidang puncak ASEAN-China ke-20. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 10:25PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 10:37PM

MANILA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (13 Nov) berkata bahawa negara anggota ASEAN sudah bersetuju untuk memulakan rundingan secara rasmi dengan China berhubung kod tatalaku yang akan mentadbir urus bagaimana pertikaian Laut China Selatan ditangani.

Berucap di sidang puncak ASEAN-China ke-20, Encik Lee mengalu-alukan kemajuan positif, tetapi memberi amaran bahawa perkembangan sekarang berhubung isu tersebut tidak harus dipandang ringan. Singapura adalah penyelaras bagi hubungan ASEAN-China.

Perjanjian bagi memulakan rundingan diadakan selepas para menteri asing ASEAN dan China mendakapi rangka kerja kod tatalaku pada bulan Ogos, iaitu sesuatu yang disifatkan sebagai tanda aras penting bagi Encik Lee.

Kod tatalaku tersebut, yang dijangka mewujudkan undang-undang dan garis pandu bagi mengelakkan konflik, bertujuan untuk mengurangkan risiko konfrontasi bersenjata di perairan yang dipertikaikan itu.

China menuntut hak bagi hampir kesemua Laut China Selatan. Negara lain yang turut bertindak serupa adalah Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan.

"Adalah penting untuk kami bekerjasama bagi mengekalkan keamanan, kestabilan, kebebasan navigasi dalam dan di ruang udara Laut China Selatan, sejajar dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Encik Lee.

Beliau juga mengatakan beliau benar-benar yakin bahawa kedua-dua pihak akan meneruskan rentak dan kerja positif ini ke arah rumusan kod tatalaku yang awal, "bermakna dan berkesan".

"Dengan menangani isu Laut China Selatan dengan baik, kita akan mengekalkan hubungan ASEAN-China pada haluan sedia ada yang positif," dedah Encik Lee.

Adalah menjadi kepentingan mereka bersama untuk mengelakkan dari kiraan salah yang dapat menyebabkan ketegangan kian memuncak, kata Encik Lee, sambil menekankan komitmen ASEAN bagi melaksanakan perisytiharan yang mentadbir urus tatalaku di Laut China Selatan secara menyeluruh.

Perisytiharan tersebut, antara tuntutan lain, memerlukan negara ASEAN dan China untuk meneroka atau menjalankan kegiatan bekerjasama, sambil menantikan penyelesaian pertikaian yang menyeluruh dan dapat bertahan.

Satu kegiatan bekerjasama adalah perisytiharan bagi perlindungan persekitaran marin yang akan dibuat ASEAN dan China pada Isnin.

Sehubungan itu, China kekal menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN pada tahun 2016, dan sebagai sumber pelaburan langsung asing keempat terbesar ASEAN, dedah Encik Lee.

Dengan kejayaan usaha naik taraf Kawasan Dagangan Bebas (FTA) ASEAN-China pada tahun 2015 dan manfaatnya kepada perniagaan dan rakyat dari kedua-dua pihak, Encik Lee memberi tumpuan kepada langkah seterusnya - iaitu melaksanakan protokol bagi menaik taraf FTA.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan