Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perdaus kutuk tindakan keganasan di Gaza, Surabaya dan Paris

Badan Melayu/Islam tempatan, Perdaus, "mengutuk tindakan pengganas" yang dilancarkan hujung minggu lalu di Paris dan Surabaya, menurut kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Perdaus kutuk tindakan keganasan di Gaza, Surabaya dan Paris

Sekurang-kurangnya 55 penduduk Palestin dibunuh ketika membantah penempatan semula Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis. (Gambar: MAHMUD HAMS / AFP)

SINGAPURA: Badan Melayu/Islam tempatan, Perdaus, "mengutuk tindakan pengganas" yang dilancarkan hujung minggu lalu di Paris dan Surabaya, menurut kenyataan medianya.

Pihaknya turut "menyesali" dan melahirkan rasa dukacita terhadap kehilangan nyawa warga Palestin yang tidak bersalah, yang terkorban di sempadan Gaza pada Isnin (14 Mei).

"Kami menyelar tindakan kejam ini sebagai tidak peduli dan ingkar terhadap kemanusiaan dan sifat kerencamannya.

"Tindakan ini tidak wajar disokong dan tidak berperikemanusiaan atas nama keadilan dan ketamadunan," menurut kenyataan media tersebut.

Logo Perdaus. (Gambar: Facebook)

Logo Perdaus. (Gambar: Facebook)

Perdaus turut berharap penyerang berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan atas perbuatan yang "amat dikesali" itu dengan pantas, dalam proses yang adil dan saksama.

"Doa dan sokongan kami bersama mangsa atas kekejaman tidak masuk akal ini. Semoga mereka dan keluarga mereka diberi kesabaran dan kekuatan," dedahnya.

Dalam kenyataan itu, Perdaus berharap ketenteraman dapat dikembalikan ke Paris, Surabaya dan Gaza.

"Perdaus berdiri teguh menentang penindasan, ketidakadilan dan penggunaan kekerasan, dan menyokong sikap prihatin, penyayang dan toleransi bagi keluarga dan masyarakat.

"Semoga langkah kami dalam usaha ini diperkukuh bagi membina masyarakat yang lebih baik," menurut badan kebajikan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan