Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 kembali diadakan di Padang

Perbarisan Hari Kebangsaan tahun depan akan berlangsung di Padang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 08:36PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 01:27PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan tahun depan akan berlangsung di Padang.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengumumkan demikian pada Jumaat (17 Ogos) di majlis jamuan bagi memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam NDP tahun ini.

Dr Ng berkata, NDP 2019 akan menjadi satu lagi acara yang istimewa.

Ia bakal mencerminkan sejauh mana kita sudah mencapai kemajuan dan aspirasi bersama bagi Singapura.

Menurut Dr Ng, memandangkan NDP tahun depan akan diadakan sempena ulang tahun ke-200 Singapura moden, maka tepatlah ia diadakan di Padang, iaitu sebuah tempat yang pernah menyaksikan banyak peristiwa penting dalam sejarah Singapura.

Menyentuh mengenai NDP tahun ini pula, Dr Ng berkata bahawa maklum balas yang diterima adalah amat baik.

Ramai yang memberitahu beliau bahawa mereka berasa tersentuh dan dapat berkongsi dengan jalan cerita tentang perjuangan rakyat biasa negara ini.

Dr Ng juga tertarik dengan ciri NDP tahun ini yang menonjolkan usaha generasi muda dalam meneruskan perjuangan generasi sebelumnya.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan