Images
  • heng swee keat ips
    Menteri kewangan Heng Swee Keat.

Perang dagang AS-China: S'pura perlu cari huraian atasi risiko

JAKARTA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata bahawa keadaan sejagat kini semakin tidak menentu. Pasaran-pasaran kewangan pula semakin bergejolak dan risiko perang dagang dalam pada itu sedang mengancam pasaran.

Encik Heng yang kini di Bali bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, berkata demikian sebagai reaksi kepada unjuran awal MTI yang menunjukkan pertumbuhan 2.6 peratus ekonomi Singapura dalam suku ketiga.

Bercakap kepada para wartawan selepas menyertai perbincangan panel mengenai perkembangan ekonomi digital, Encik Heng menarik perhatian, pertikaian perdagangan yang berterusan antara China dengan Amerika Syarikat, sudah menggoncang pasaran.

Beliau menambah, Singapura akan memastikan dan cuba mengurangkan risiko perang dagang yang besar.

Singapura, tambah beliau, perlu menyesuaikan diri kepada pertumbuhan sejagat yang lebih perlahan tetapi tidak harus mengalihkan tumpuannya.

Awal minggu ini, IMF memotong ramalan pertumbuhan sejagat sebanyak 0.2 peratus kepada 3.7 peratus bagi tahun ini dan tahun depan. 

- CNA/AA/aq

Top