Images
  • expedition NUS
    Para saintis Singapura dan Indonesia melakukan penerokaan laut dalam di Jawa Barat. (Gambar: NUS)

Penyelidik NUS lakukan ekspedisi dasar laut 14 hari di Jawa Barat

SINGAPURA: Para saintis Singapura dan Indonesia sedang melakukan penerokaan laut dalam di Jawa Barat untuk mencari hidup-hidupan laut yang belum pernah diteroka.

Pasukan itu terdiri dari para penyelidik dari NUS dan Institut Sains Indonesia.

Ekspedisi 14 hari itu akan menumpukan perhatian kepada pelbagai haiwan laut seperti ketam, landak laut dan cacing.

Pasukan penyelidik itu akan berlepas dari Muara Baru di Jakarta untuk meneroka kawasan jurang dasar laut Selat Sunda di sekitar perairan Cilacap.

Penyelidikan mereka meliputi 29 tempat dan setiap hari pasukan itu merancang untuk melakukan pensampelan di tiga atau empat tempat.

Mereka akan meneroka dasar laut sedalam antara 500 hingga 2,000 meter yang dijangka menampung banyak jenis haiwan laut.

Hasil penemuan mereka diharap dapat digunakan bagi tujuan pemuliharaan dan penggunaan sumber-sumber pada masa depan. 

- CNA/NU/im

Top