Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penutupan 10 stesen EWL hari ini jejas penumpang, perniagaan

10 stesen sepanjang laluan Timur-Barat ditutup sepenuhnya hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 09:04PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 10:13PM

SINGAPURA: 10 stesen sepanjang laluan Timur-Barat ditutup sepenuhnya hari ini.

Ini merupakan penutupan kali kedua bagi memberikan lebih banyak masa untuk kerja-kerja penyenggaraan dan peningkatan MRT.

Mereka yang terjejas kali ini termasuk penumpang yang menuju ke timur dan mereka yang menuju dan daripada Lapangan Terbang Changi.

Penutupan tersebut turut menyaksikan pintu masuk ditutupkan dan papan ketibaan kereta api dimatikan.

Suasana itu juga dialami para penumpang yang tiba di 10 stesen MRT di antara stesen Paya Lebar hingga ke Pasir Ris, dan stesen Expo hingga ke stesen Changi Airport.

Ini berikutan penutupan sehari beberapa stesen kereta api untuk memberikan lebih banyak masa bagi kerja penyenggaraan.

Beberapa pengawal hadir bagi mengawasi keadaan dan papan tanda turut dipaparkan, menunjukkan pilihan pengangkutan untuk penumpang.

Di stesen MRT Tampines, yang menghubungkan penumpang kepada tiga pusat membeli belah berdekatan, perniagaan dikatakan terjejas.

Jualan juga dilaporkan merosot sekitar 50 peratus dan 'benar-benar menjejas' perniagaan.

Turut terjejas ialah para penumpang MRT, di mana ramai mendapati penutupan itu suatu yang menyusahkan, namun mereka akur arahan ke tempat bas ulang-alik dapat dilihat dengan jelas.

Pusingan penutupan MRT yang seterusnya akan berlaku pada Ahad depan.

Waktu operasi di semua 35 stesen sepanjang Laluan Timur-Barat juga akan dipendekkan pada setiap hujung minggu pada bulan Mac nanti.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan