Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal maut di AYE selepas Alexandra Road

Satu kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berlaku di AYE hari ini (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut di AYE selepas Alexandra Road

Satu kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal. (Petikan gambar: Video Whatsapp)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 05:59PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 07:25PM

SINGAPURA: Satu kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berlaku di AYE hari ini (20 Nov).

Satu rakaman video dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan motosikal yang musnah itu bersebelahan dengan penunggang motosikal tersebut di lorong 2 dan 3 AYE (menuju MCE) selepas Alexandra Road.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan para pengguna jalan raya mengenai kemalangan itu pada jam 12.04 tengah hari menerusi catatan di laman Twitter.

Menurut SCDF, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di AYE menuju Changi sebelum Lower Delta Road sekitar jam 11.28 pagi. Seorang individu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan