Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang perlu lalui pemeriksaan keselamatan di stesen MRT dalam percubaan 6 bulan

Para penumpang mungkin perlu meletakkan barang-barang mereka melalui pengimbas X-ray dan jalan melalui alat pengesan logam sebelum memasuki gerbang tambang di stesen-stesen MRT.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Nov 2018 07:16PM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 09:30PM

SINGAPURA: Para penumpang mungkin perlu meletakkan barang-barang mereka melalui pengimbas X-ray dan jalan melalui alat pengesan logam sebelum memasuki gerbang tambang di stesen-stesen MRT.

Ini sebahagian daripada pemeriksaan keselamatan dipertingkat yang akan diuji di beberapa stesen MRT bermula 12 November, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Nov).

Menurut LTA data dari percubaan tersebut akan membolehkan pihaknya untuk memperkemas dan mengoptimumkan proses pemeriksaan keselamatan dan mengurangkan kesannya ke atas operasi kereta api pada masa hadapan".

"Kami juga akan mengumpul maklum balas daripada para penumpang dan pengendali pengangkutan awam untuk mempertingkat keberkesanan operasi keselamatan dan latihan kecemasan pada masa depan."

Ketua Eksekutif LTA, Ngien Hoon Ping, berkata pihak benkuasa itu akan terus mempertingkat langkah-langkah keselamatan bagi memastikan semua sistem pengangkutan kekal selamat bagi semua penumpang.

"Menjelang hujung tahun ini, pengendali pengangkutan awam akan secara bertahap-tahap memperkenalkan penggunaan alat pengesan besi dalam pemeriksaan keselamatan di pusat-pusat pertukaran bas dan stesen MRT," tambah beliau.

Pada Julai lalu pengendali kereta api SMRT dan LTA mengadakan latihan persiapan kecemasan di stesen MRT Holland Village.

Latihan seterusnya, iaitu yang ketiga tahun ini, akan diadakan bersama SBS Transit pada 5 Disember di stesen Hougang antara 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebelum memasuki stesen, para penumpang akan diarahkan ke Exit A berdekatan dengan perhentian bas, atau Exit B yang berdekatan dengan Hougang Mall, bagi menjalani pemeriksaan keselamatan.

Mereka perlu melalui alat pengesan besi dan meletakkan barangan mereka melalui pengimbas X-ray.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan