Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penjual kotak TV Android didakwa langgar hak cipta

Dalam kes pendakwaan pertama seumpamanya di Singapura, dua penjual kotak TV Android dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa "sesuka hati mencabuli" hak cipta dua syarikat telko StarHub dan Singtel, serta kumpulan syarikat rangkaian hiburan Fox dan Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2018 09:38PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 12:18AM

SINGAPURA: Dalam kes pendakwaan pertama seumpamanya di Singapura, dua penjual kotak TV Android dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa "sesuka hati mencabuli" hak cipta dua syarikat telko StarHub dan Singtel, serta kumpulan syarikat rangkaian hiburan Fox dan Liga Perdana England.

Dua syarikat tempatan, Synnex Trading dan An-Nahl, serta para pengarah syarikat, Jia Xiaofeng dan Abdul Nagib Abdul Aziz, menghadapi pelbagai tuduhan di bawah Akta Hak Cipta.

Syarikat Synnex Trading dan pengarahnya juga dikenakan tuduhan memiliki 104 kotak media di kedainya di Geylang Road, pada Mei tahun lalu.

Syarikat An Nahl pula dikenakan dua tuduhan kerana mempunyai 12 kotak media di Kompleks Tanjong Katong, Mei lalu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan, denda sehingga $20,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan