Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penguatkuasaan zon bebas rokok di Orchard Road ditangguh hingga hujung 2018

Penguatkuasaan zon bebas rokok di kawasan Orchard Road akan ditangguh sehingga hujung tahun ini dan bukan lagi Julai, umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Penguatkuasaan zon bebas rokok di Orchard Road ditangguh hingga hujung 2018

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 07:21PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 07:28PM

SINGAPURA: Tahun lalu, NEA dilaporkan merancang untuk mengubah Orchard Road menjadi zon bebas rokok menjelang 1 Julai ini, kecuali ruang-ruang yang diperuntukkan bagi para perokok.

Sebanyak 40 tempat sedemikian akan disediakan termasuk lima kawasan awam di Orchard Towers, Far East Plaza, The Heeren, Cuppage Terrace dan di belakang stesen MRT Somerset, menurut NEA.

Lebih 100 bangunan berada dalam zon bebas rokok apabila ia dikuatkuasakan.

Tarikh penguatkuasaannya ditangguhkan untuk "memberi peluang kepada para peniaga membuat persiapan bagi zon bebas rokok," kerana beberapa peniaga memberi maklum balas bahawa mereka memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan yang diperlukan, dedah NEA dalam kenyataan medianya.

Para peniaga juga perlu mengenal pasti dan mengkhaskan tempat merokok. Para perokok pula memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan tempat-tempat tersebut.

Selain itu, restoran-restoran yang terletak dalam zon bebas rokok yang dikuatkuasakan sekarang ini yang sudahpun menyediakan tempat merokok akan diberi lebih banyak masa, sekitar enam bulan, untuk memindahkannya.

Ini menyusuli keputusan yang diambil tahun lalu untuk berhenti menerima permohonan daripada kedai makan bagi memperuntukkan tempat merokok di pekarangannya.

Namun, para perokok masih boleh merokok di tempat-tempat yang disediakan sekarang ini di cawangan-cawangan di luar Orchard Road sehingga tempoh lesennya berakhir.

Bagi tiga bulan pertama selepas zon bebas rokok berkuat kuasa, mereka yang didapati merokok di Orchard Road akan diberi amaran secara lisan dan mereka yang mengabaikan amaran tersebut boleh disaman.

Selepas tempoh tiga bulan itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan ke atas pesalah yang merokok di tempat awam dalam zon bebas rokok.

Tarikh pelaksanaannya akan diumumkan selepas pindaan terhadap Akta Merokok (Larangan di Tempat Tertentu) pada pertengahan tahun 2018.

Tempat merokok yang disediakan adalah seperti berikut:

Cathay Cineleisure Orchard (2)
Concorde Hotel and Shopping Mall
Cuppage Terrace
DFS Galleria
Far East Plaza
Far East Shopping Centre
Four Seasons Hotel
Forum The Shopping mall
Goodwood Park Hotel (3)
Grand Hyatt Singapore
Hilton Singapore
Holiday Inn Express Singapore Orchard Road (2)
Holiday Inn Singapore Orchard City Centre (2)
Ngee Ann City
Orchard Parade Hotel (2)
Orchard Towers (2)
Plaza Singapura
Shaw House
Behind Somerset MRT Station
Tang Plaza
Tanglin Mall
Tanglin Place
Tanglin Shopping Centre
The Centrepoint
The Heeren
The Quincy Hotel
The Regent Singapore (2)
The Paragon
Wheelock Place
York Hotel (2) 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan