Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) lantik ketua eksekutif baru

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan diterajui seorang ketua eksekutif baru mulai 1 Januari 2019, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) lantik ketua eksekutif baru

Cik Quah Ley Hoon (kiri) dan Encik Andrew Tan (kanan). (Gambar: Kementerian Pengangkutan)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 01:45PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 01:49PM

SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan diterajui seorang ketua eksekutif baru mulai 1 Januari 2019, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Okt).

Cik Quah Ley Hoon, 42 tahun, akan mengambil alih Encik Andrew Tan, yang akan bersara dari khidmat pentadbiran pada 31 Dis untuk meneroka cabaran-cabaran baru, tambah MOT.

Cik Quah akan menyertai MPA sebagai pengganti ketua eksekutif mulai 1 Nov.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimipinan di beberapa pertubuhan termasuk Sekretariat Penduduk Nasional di bawah Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Mediacorp.

Cik Quah berkelulusan sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Pantheon-Sorbonne di Perancis, serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (Sekolah Perniagaan IMDB) di Switzerland, tambah MOT.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan