Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji NTU cipta teknologi imej bagi fotografi berwarna tanpa lensa

Para pengkaji di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta satu teknologi pengimejan bagi fotografi berwarna.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2018 08:28PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 10:52PM

SINGAPURA: Para pengkaji di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta satu teknologi pengimejan bagi fotografi berwarna.

Ia tidak menggunakan lensa dan turas warna yang terdapat pada kamera konvensional. Malah, teknologi itu boleh digunakan bagi memastikan keselamatan makanan.

Teknologi baru itu boleh mengesan dengan cepat spektrum warna di dalamnya yang berbeza. Ini membayangkan bahan-bahan berlainan dan tahap kesegaran jus tersebut.

Walaupun alat spektrometer boleh melakukan tugas yang sama, ia jarang digunakan dalam industri makanan kerana kosnya yang tinggi.

Teknologi berkenaan tidak memerlukan penggunaan lensa. Sebaliknya permukaan kaca tidak lut sinar itu memecahkan cahaya dan jarak gelombangnya dirakam alat sensor monokrom.

Sebuah pasukan algoritma kemudian mencipta semula imej berwarna. Para penyelidik itu sudahpun memfailkan paten bagi teknologi baru itu pada Julai tahun lalu.

Syarikat-syarikat farmaseutikal juga menunjukkan minat untuk menggunakan teknologi itu bagi tujuan kawalan mutu. 

Sumber : CNA/UR/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan