Images
  • wee kim wee wife
    (Gambar: Chng Shao Kai/TODAY)

Penghormatan terakhir buat mendiang Puan Wee Kim Wee

SINGAPURA: Lebih 150 anggota keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Puan Wee Kim Wee pada Rabu (11 Jul) pagi, sebelum upacara persemadian di Krematorium Mandai pada sekitar 10.30 pagi.

Sekitar 24 anggota Pandu Puteri - termasuk 14 daripada Sekolah Perempuan Methodist (MGS) dan lima Pengakap menghadiri upacara tersebut.

Puan Wee merupakan penaung Pandu Puteri antara 1985 hingga 1994.

Mantan guru besar MGS Anna Tham, 84 tahun, menyifatkan Puan Wee sebagai wanita yang "santun".

"Semasa mendiang menjadi penaung, beliau akan memenuhi semua undangan kami, sama ada 'Thinking Day' atau kem-kem. Beliau akan menjemput kami ke Istana selepas setiap acara ... beliau sangat pandai memasak dan selalu menyediakan kuih-muih nyonya untuk kami," kata Cik Tham.

Puan Wee meninggal dunia pada Sabtu (7 Jul) lalu, dua hari selepas menyambut hari lahirnya ke-102.

Mantan Wanita Pertama itu, yang dilahirkan sebagai Koh Sok Hiong, bertemu mendiang Dr Wee Kim Wee pada 1936 dan mendirikan rumah tangga dengannya pada tahun yang sama. Mendiang Dr Wee merupakan presiden Singapura antara 1985 hingga 1993.

Ramai tampil memberikan kata-kata sanjungan terhadap mendiang Puan Wee sepanjang hujung minggu lalu, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Halimah Yaacob. 

- TODAY/TQ/aq

Top