Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penggantungan latihan seluruh tentera ekoran kematian NSF Liu Kai ditarik balik Khamis

Para askar akan menyambung semula latihan secara bertahap-tahap mulai Khamis (8 Nov) apabila penggantungan latihan seluruh tentera atas sebab keselamatan ditarik balik.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggantungan latihan seluruh tentera ekoran kematian NSF Liu Kai ditarik balik Khamis

Anggota tentera mengambil bahagian dalam "Excercise Trident". (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 11:29PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 12:37AM

SINGAPURA: Para askar akan menyambung semula latihan secara bertahap-tahap mulai Khamis (8 Nov) apabila penggantungan latihan seluruh tentera atas sebab keselamatan ditarik balik.

Ia dilaksanakan selepas kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai pada Sabtu lalu (3 Nov).

Penggantungan latihan dilaksanakan di Singapura dan luar negara, termasuk "Excercise Trident", latihan dua hala antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia.

Dalam satu catatan Facebook pada Rabu (7 Nov), pihak SAF menyatakan bahawa anggota tentera yang mengambil bahagian dalam "Excercise Trident" sudah menilai semula keselamatan, perbincangan latihan dan pelbagai latihan tubi semasa tempoh latihan digantung.

Sekitar 1,200 anggota SAF menjalani "Exercise Trident" di Rockhampton, Australia, sehingga 15 Nov.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan