Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengesahan FTA EU-S'pura di peringkat akhir

Proses pengesahan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Kesatuan Eropah (EU) kini di peringkat-peringkat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2018 08:50AM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 11:36PM

BRUSSELS: Proses pengesahan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Kesatuan Eropah (EU) kini di peringkat-peringkat akhir. Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menyifatkan ini sebagai satu "masa kritikal" bagi Singapura untuk meyakinkan para pegawai Kesatuan Eropah tentang manfaat strategik dan ekonomi perjanjian tersebut.

Encik Chan berkata demikian semasa ditemui di luar mesyuarat bersama para pegawai dan wakil Kesatuan Eropah semasa lawatannya ke Brussels semalam (11 Jul).

Para pegawai yang dimaksudkan termasuk Menteri Ehwal Digital dan Ekonomi Persekutuan Austria Dr Margarete Schramböck, Pesuruhjaya Perdagangan EU Cecilia Malmström dan Pelapor EUSFTA David Martin.

Semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut, Encik Chan menegaskan lagi minat Singapura dalam pengesahan EUSFTA dan mengadakan perbincangan tentang kemajuan terkini dasar perdagangan.

Matlamatnya adalah perjanjian itu berkuat kuasa menjelang tahun hadapan sebelum mandat Suruhanjaya Eropah berakhir.

Encik Chan berkata bahawa pengesahan perjanjian itu sangat penting, terutama sekali kerana wujudnya perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China, yang disifatkan Encik Chan sebagai satu halangan yang akan "sangat menjejas" ekonomi terbuka Singapura.

Encik Chan juga percaya perikatan EU-Singapura akan membuka peluang-peluang baru bagi negara-negara Asia lain. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan