Images
  • str fb
    (Gambar: Facebook/States Times Review)

Pengasas States Times Review akan 'tutup' laman

SINGAPURA: Pengasas States Times Review Alex Tan berkata pada Jumaat (10 Nov) bahawa beliau berniat untuk menutup laman berita alternatif itu.

Menurut Encik Tan, laman Facebook States Times Review akan ditutup "dua minggu dari sekarang", manakala lelaman States Times Review pula akan dikekalkan sehingga Pilihanraya Umum akan datang berakhir.

"Namun ambil perhatian penutupan ini dilakukan atas kerelaan saya dan bukan disebabkan tekanan dari sesiapa atau pemerintahan diktator," kata beliau dalam satu kiriman Facebook.

Encik Tan mengumumkan demikian kurang empat jam selepas satu catatan di laman Facebook yang menyatakan beliau "enggan" memadamkan rencana yang disifatkan pihak berkuasa Singapura sebagai berunsur fitnah.

Awal dari itu, Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) mengarahkan supaya States Times Review menurunkan rencana yang mengaitkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan siasatan 1MDB. Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyifatkan rencana itu sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam juga menyifatkan dakwaan dalam rencana itu, yang turut diterbitkan beberapa media aliran utama Malaysia, sebagai "tidak masuk akal".

Rencana The States Times Review itu kekal online selepas 5.00 petang, tempoh akhir yang diberikan IMDA. Dari 9.00 malam, laman tersebut tidak dapat diakses.

Encik Tan berkata laman itu "disekat di bawah dakwaan palsu 'berita palsu' dan 'fitnah jenayah' oleh pemerintah diktator Singapura" dan ia akan "ditutup memandangkan ia kehilangan saluran untuk mendekati warga Singapura".

Encik Tan menambah beliau "akan berhenti menulis dan meneruskan kehidupan di Asutralia".

"Mengorbankan pasport warga Singapura saya adalah hadiah terakhir saya buat Singapura dan rakyat Singapura yang saya cintai," kata beliau.

- CNA/TQ/tq

Top