Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah didenda jumlah rekod S$57,000 di bawah Akta Syarikat

Fong dan kelima-lima pengarah itu juga hilang kelayakan mereka sebagai pengarah syarikat-syarikat di mana mereka dilantik, menurut ACRA.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah didenda jumlah rekod S$57,000 di bawah Akta Syarikat

Gambar fail Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 19 Jul 2018 02:44PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 02:48PM

SINGAPURA: Pengarah syarikat, Lawrence Fong Kok Liong dikenakan jumlah rekod denda sebanyak S$57,000 bagi 38 tuduhan, menurut Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) dalam kenyataan media hari ini (19 Jul).

Fong mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 175 dan 197 Akta Syarikat, termasuk kegagalan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan kegagalan untuk memfailkan pulangan tahunan (AR) berkaitan dengan 19 syarikat.

Fong pernah disabit kesalahan serupa pada 2014 dan 60 kesalahan serupa dikompaun, menurut ACRA. 78 lagi tuduhan diambil kira bagi tujuan menjatuhkan hukuman dan dia didapati bersalah dan dikenakan denda oleh Mahkamah Negara kelmarin.

Ini selepas lima pengarah lain juga didapati bersalah kerana gagal memfailkan pulangan tahunan pada April dan Mei tahun ini, ACRA menambah.

Dua daripada lima pengarah itu didenda sebanyak S$1,800 setiap tuduhan.

Fong dan kelima-lima pengarah itu juga hilang kelayakan mereka sebagai pengarah syarikat-syarikat di mana mereka dilantik, menurut ACRA.

Pengarah-pengarah yang sudah hilang kelayakannya tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan baru sebagai pengarah, atau terlibat dalam pengurusan sesebuah syarikat, tidak kira secara langsung atau tidak langsung.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan