Images
  • changi airport
    Dewan keberangkatan di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Hester Tan)

Penerbangan dari S'pura ke Hong Kong dibatalkan akibat Mangkhut

SINGAPURA: Kesemua 18 pesawat penumpang yang dijadualkan berlepas dari Singapura menuju ke Hong Kong pada Sabtu (16 Sep) dibatalkan kerana taufan Mangkhut.

Pesawat-pesawat itu termasuk dari syarikat penerbangan Singapore Airlines, Cathay Pacific, Jetstar Asia dan Scoot.

Laman web Lapangan Terbang Changi juga menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya empat penerbangan ke Guangzhou, lima ke Shenzhen dan dua yang menuju ke Macau turut dibatalkan.

SIA menyatakan bahawa para penumpang yang terjejas sudah diberikan tempat penginapan hotel dan makanan serta pilihan untuk menukar tarikh penerbangan mereka.

- CNA/MU/ai

Top