Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk kurang mampu di CDC Barat Laut terima habuan makanan lebih sihat

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, para penduduk Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut, yang kurang berkemampuan diberikan habuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk kurang mampu di CDC Barat Laut terima habuan makanan lebih sihat
Diterbitkan : 20 Jan 2018 05:03PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 05:48PM

SINGAPURA: Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, para penduduk Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut, yang kurang berkemampuan diberikan habuan.

Bagi mereka, sebuah beg berisi barangan makanan yang diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang mereka tanggung.

Selain itu, terdapat banyak lagi habuan buat mereka. Bagi sebahagian daripada mereka, rumah mereka akan berubah wajah.

Ini kerana ia akan dibersihkan, dihadiahkan perabot baru, dicat dan diberikan bantal serta tilam baru.

Inisiatif itu adalah kegiatan tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat Barat Laut yang diberi nama 'We Care' (Kami Prihatin).

Tujuannya adalah untuk menggalak budaya menyumbang kembali kepada masyarakat.

Anggota Parlimen bagi GRC Holland-Bukit Timah yang juga Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata: "Ini adalah acara bersama - sektor privet di kawasan kami, sekolah-sekolah dan pertubuhan akar umbi - untuk berkongsi sedikit keceriaan dengan keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan."

"Maka, kami agihkan habuan perayaan (ini) dan salah satu ciri utamanya adalah habuan-habuan ini mengandungi pilihan makanan dan minyak masak yang lebih sihat," tambah Dr Balakrishnan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan