Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencuri kedai emas Yew Tee didakwa

Lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai mencuri barang kemas bernilai S$35,000 dari sebuah kedai di Yew Tee didakwa atas tuduhan mencuri, hari ini (19 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencuri kedai emas Yew Tee didakwa

(Gambar: Gold Scale Jewels/Facebook)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:57PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 01:03PM

SINGAPURA: Lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai mencuri barang kemas bernilai S$35,000 dari sebuah kedai di Yew Tee didakwa atas tuduhan mencuri, hari ini (19 Dis).

Toh Xin Ann dituduh mencuri tiga rantai dan satu loket dari kedai Gold Scale Jewels di Yew Tee Square.

Daripada barang-barang dicuri itu, barang kemas paling mahal adalah rantai emas 916 seberat 171 gram, bernilai S$11,701.

Toh diburu selama dua hari. Dia diberkas pada Isnin (17 Dis) selepas para pegawai polis mengenal pasti identitinya dengan bantuan seorang anggota awam.

Dia direman dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 26 Dis.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan dipenjara.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan