Pemimpin S'pura utus kawat takziah atas pemergian Helmut Kohl
Para pemimpin Singapura mengutus kawat takziah kepada Jerman, atas kematian Mantan Canselor, Helmut Kohl.
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutus kawat takziah kepada Jerman, atas kematian Mantan Canselor, Helmut Kohl.
Dalam surat yang diutus kepada pemimpin Jerman, Angela Merkel.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan mendiang Encik Kohl sebagai salah seorang pemimpin terulung untuk masanya dan seorang pejuang integrasi.
PM Lee menambah, mendiang adalah seorang sahabat baik Singapura yang membuat sumbangan besar kepada hubungan kukuh dua hala.
Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong turut menyampaikan ucap takziah kepada balu mendiang.
Encik Goh berkata, beliau menghormati mendiang Helmut Kohl sebagai ketua negara yang berwibawa.
Encik Goh menambah hubungannya dengan mendiang Kohl sangat baik dan hubungan Jerman-Singapura juga kukuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.