Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemimpin perniagaan AS ada tanggungjawab besar bentuk dasar dagangan - Chan Chun Sing

Para pemimpin perniagaan Amerika Syarikat mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk dasar perdagangan Washington.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin perniagaan AS ada tanggungjawab besar bentuk dasar dagangan - Chan Chun Sing

Encik Chan Chun Sing bercakap Encik Chan bercakap di acara anjuran Dewan Perdagangan Amerika.

Diterbitkan : 14 Aug 2018 08:45PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 01:07AM

SINGAPURA: Para pemimpin perniagaan Amerika Syarikat mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk dasar perdagangan Washington.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semasa bercakap kepada masyarakat perniagaan Amerika di acara anjuran Dewan Perdagangan Amerika.

Komen tersebut dibuat di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Encik Chan juga menarik perhatian bahawa pelaburan Amerika Syarikat di rantau ASEAN ini masih besar.

Perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN bernilai AS$234 bilion (S$321.6 bilion) pada 2016.

Menjawab soalan mengenai bagaimana ketegangan perdagangan mungkin memberi kesan kepada rakyat Singapura jika ianya berpanjangan, Encik Chan berkata Singapura akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berpemikiran sama untuk sistem berasaskan peraturan.

Beliau juga berkata Singapura akan terus mencari rakan-rakan baru untuk perjanjian berbilang hala dan dua hala untuk membolehkan syarikat-syarikat mempelbagai.

Encik Chan menambah Singapura akan berusaha meningkatkan keupayaannya untuk bersaing dengan kelajuan inovasi dan mutu-mutu idea. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan