Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin masyarakat Melayu/Islam digesa teruskan warisan Yusof Ishak, Lee Kuan Yew

Dr Yaacob Ibrahim menggesa pemimpin masyarakat Melayu/Islam untuk teruskan warisan Presiden pertama Singapura, Yusof Ishak dan bapa pengasas moden S'pura, Lee Kuan Yew untuk tingkatkan masyarakat Melayu/Islam ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2015 10:12AM Dikemas Kini : 15 Aug 2015 11:19AM

SINGAPURA: Pemimpin masyarakat Melayu/Islam digesa untuk meneruskan warisan Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak dan bapa pengasas moden Singapura, Encik Lee Kuan Yew untuk meningkatkan masyarakat Melayu/Islam ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang.

Gesaan dibuat Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim semasa berucap di Majlis Lebaran MESRA.

Majlis pada malam Jumaat (14 Ogos) itu dihadiri sekitar 500 pemimpin akar umbi dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu MAEC dan pemimpin badan-badan Melayu/Islam.

Majlis tersebut mengiktiraf sumbangan para pemimpin masyarakat dan generasi perintis yang telah berkhidmat untuk pergerakan akar umbi Persatuan Rakyat antara 15 dan 30 tahun.

Dr Yaacob menyeru supaya MAEC dapat terus memupuk generasi pemimpin pelapis di masa akan datang.

Dr Yaacob berkata: "Cabaran mendatang adalah rumit namun kita harus cekal untuk mengharunginya bersama. Di sinilah peranan MAEC untuk kekal relevan selaras dengan peningkatan masyarakat Melayu kita dalam arus global.

Usaha harus digiatkan lagi agar anak-anak muda kita menerajui pucuk pimpinan dengan cemerlang. Itulah semangat dan visi yang harus kita pegang dan jadikan ia satu kenyataan."

Turut dilancarkan, sebuah buku bertajuk "At The Heart of Volunteering" yang memaparkan sumbangan MAEC selama 50 tahun ke arah usaha membina negara.

Ia juga sebagai hadiah MESRA sempena menyambut Jubli Emas negara.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan