Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin akar umbi jalani latihan bantu penduduk tangani serangan pengganas

Tidak lama lagi, para pemimpin akar umbi akan menerima latihan rasmi daripada para karyawan kesihatan mental. Ini untuk membantu penduduk dalam memberi respons dan menangani kesan psikologi serangan pengganas, menurut Perdana Menetri Lee Hsien Loong pada Ahad (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2017 03:54PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:55PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, para pemimpin akar umbi akan menerima latihan rasmi daripada para karyawan kesihatan mental. Ini untuk membantu penduduk dalam memberi respons dan menangani kesan psikologi serangan pengganas, menurut Perdana Menetri Lee Hsien Loong pada Ahad (19 Mac).

Mulai bulan ini, ahli-ahli psikologi dan kaunselor dari Home Team, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Institiut Kesihatan Mental - yang dikenali sebagai pasukan-pasukan Bantuan Kecemasan dan Respons Manusia (HEART) - akan mengajar para pemimpin akar umbi dan para penduduk tentang bantuan kecemasan psikologi (PFA).

Mereka yang dilatih antara lain akan belajar untuk mengenal pasti dan membantu para penduduk yang menunjukkan stres pos-serangan.

DEMI KURANGKAN GANGGUAN TRAUMA

Dibangunkan oleh Jabatan Amerika Syarikat bagi Ehwal Veteran pada 2006 dan diberi pensijilan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), PFA membantu memberikan sokongan psikologi dan praktikal dengan segera kepada orang ramai dalam menangani insiden trauma. 

Ini bagi mengurangkan gangguan tekanan dan kesukaran bagi pos-trauma.

PM Lee mengumumkan inisiatif tersebut di acara Hari Persediaan Kecemasan di kawasan Teck Ghee beliau, juga yang terbaru dalam siri acara akar umbi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan para penduduk melalui simulasi serangan-serangan pengganas, serta pameran bergerak.

Mediacorp difahamkan bahawa latihan PFA melibatkan kursus empat jam. Para anggota akar umbi dari 89 kawasan undi akan menjalani latihan itu, dan 60 para sukarelawan GRC Ang Mo Kio adalah yang pertama untuk dilatih pada Ahad lalu.

Gerakan tersebut adalah sebahagian daripada SGSecure, sebuah inisiatif pemerintah yang dilancarkan tahun lalu untuk membantu rakyat Singapura agar lebih bersedia dalam menangani serangan pengganas.

Pemerintah menyatakan bahawa serangan pengganas ke atas Singapura bukan lagi "tentang soal jika, tetapi bila". Ia juga menekankan peri perlunya kumpulan-kumpulan akar umbi, pertubuhan-pertubuhan agama dan orang ramai untuk bekerjasama.

Dalam ucapannya pagi tadi (19 Mac), Encik Lee merujuk kepada insiden-insiden seperti serangan bom di kelab malam di Puchong, serangan-serangan jalanan di Jakarta pada 2016 dan rancangan yang digagalkan di Marina Bay Sands sebagai contoh-contoh tentang berapa dekatnya sesebuah ancaman itu.

APP SGSECURE DINAIK TARAF

Contohnya, beliau turut menggalakkan para penduduk untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa, seperti menggunakan AED, untuk mengikuti perkembangan berita dan untuk memanfaatkan aplikasi SGSecure - sebuah platform mudah alih bagi orang ramai untuk mendapat pemberitahuan sewaktu berlakunya kecemasan besar, dan untuk mengirimkan maklumat kepada polis.

Aplikasi SGSecure itu - yang membolehkan orang ramai untuk menerima pemberitahuan ketika berlakunya kecemasan besar dan mengirimkan maklumat kepada polis - juga akan dinaik taraf.

Mulai hari ini, para pelanggan boleh membuat susunan agar aplikasi tersebut dapat menerima pemberitahuan yang dikhaskan dengan menaip poskod. Ini bermakna mereka akan menerima pemberitahuan apabila kecemasan berlaku di lokasi-lokasi tertentu - sebagai contoh, rumah, sekolah atau bangunan pejabat.

Para pelanggan juga kini boleh menerima pemberitahuan dari Mediacorp mengenai berita serangan pengganas dan insiden-insiden yang ada kaitan dengan pengganasan di rantau dan di dunia.

Aplikasi SGSecure itu, yang dilancarkan pada September tahun lalu, sudahpun dimuat turun di lebih 340,000 alat mudah alih seperti telefon bimbit, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan