Images
  • Taman ORTO
    (Gambar: Facebook/Live Turtle and Tortoise Museum of Singapore)

Pemilik muzium kura-kura sasarkan ruang di Sungei Tengah, perlukan permit sesuai

SINGAPURA: Muzium kura-kura dan penyu hidup dijangka mengosongkan tapaknya di Chinese Garden dalam masa dua minggu.

Tetapi pemilik muzium memberitahu Mediacorp, pihaknya sedang berunding dengan pemilik tanah bagi ruang di Sungei Tengah. Namun ia memerlukan permit yang sesuai.

Muzium itu bermula pada 2001 dengan visi untuk berkongsi rasa cinta dan memupuk minat terhadap kura-kura dan penyu, terutama di kalangan golongan muda. Tetapi muzium kendalian keluarga itu harus memberi laluan kepada pembangunan, tidak lama lagi.

Tapak yang digunakan sekarang adalah sebahagian projek pembangunan semula Daerah Tasik Jurong yang dijangka siap secara berperingkat-peringkat mulai 2020.

Pemilik muzium Connie Tan merayu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Facebook baru-baru ini. Kini, beliau sedang berunding untuk menggunakan sebuah tapak di Sungei Tengah.

Cik Tan pernah menolak tawaran berpindah ke Pulau Kusu kerana kedudukannya yang tidak sesuai.

Terdapat lebih 500 ekor kura-kura dan penyu di bawah jagaannya. Ini tidak termasuk lebih 3,500 barangan pameran yang dikumpulkan mendiang bapanya. 

- CNA/AA/fa

Top