Images
  • kondo
    Gambar fail kondominium privet. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Pemerintah kurangkan bekalan tanah rumah privet sedang permintaan merosot

SINGAPURA: Sedang permintaan bagi perumahan privet merosot, bekalan tanah bagi perumahan sedemikian dikurangkan. Demikian menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Khamis (6 Dis).

14 tapak tanah - lima daripadanya di bawah senarai disahkan dan sembilan di bawah senarai simpanan, ditawarkan untuk penjualan pada Khamis di bawah program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2019.

Tapak-tapak itu dijangka akan menjana 6,475 rumah privet, kurang daripada jumlah yang ditawarkan di bawah program GLS pada separuh kedua 2018, apabila 15 tapak ditawarkan, yang dijangka menjana bekalan 8,040 rumah privet.

Setelah langkah-langkah meredakan pasaran hartanah diperkenalkan pada Julai, permintaan para pembeli untuk rumah privet serta permintaan para pemaju untuk tanah turut berkurangan, menurut MND.

Pada masa yang sama, bekalan rumah privet yang sedang dalam perancangan meningkat ketara kepada 45,000 unit, menurut kementerian itu.

Sekitar 31,000 unit daripada GLS dan tapak-tapak penjualan en-bloc yang perancangannya diluluskan masih belum terjual manakala terdapat tambahan 14,000 unit dari tapak-tapak yang masih menanti kelulusan. Lagi 28,000 unit sedia ada belum dihuni.

15 tapak juga diramalkan akan menjana kawasan lantai ruang komersil seluas 86,000 meter persegi dan 1,115 bilik hotel.

Lima tapak di bawah senarai yang disahkan adalah tapak-tapak perumahan privet manakala sembilan tapak di bawah senarai simpanan terdiri daripada enam tapak perumahan privet, sebuah tapak hotel dan dua tapak pembangunan campuran.  

- CNA/NA/na

Top