Images
  • dr y sme
    Dr Yaacob Ibrahim  sewaktu berucap kepada sekitar 100 wakil daripada 79 syarikat kecil dan sederhana (SME) yang tamat mengikuti kursus pemasaran digital Google.

Pemerintah akan terus sokong pekerja, firma agar raih peluang ekonomi digital

SINGAPURA: Para pekerja dan firma Singapura akan terus menerima sokongan daripada pemerintah bagi memperkasa bakat serta membangunkan keupayaan agar dapat meraih peluang baik dalam ekonomi digital.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim menekankan demikian sewaktu berucap kepada sekitar 100 wakil daripada 79 syarikat kecil dan sederhana (SME) yang tamat mengikuti kursus pemasaran digital Google.

Program tersebut dikendalikan Google dan penyedia latihan Avado, bersama-sama dengan Pemacu Kemahiran Teknologi atau TeSA - sebuah inisiatif oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dr Yaacob berkata, pemerintah akan bekerjasama dengan rakan kongsi yang sesuai untuk melipatgandakan program kepimpinan sedemikian.

Salah satu usahanya, skim TeSA akan menyaksikan pendanaan tambahan sebanyak $145 juta. Ini di samping menyediakan lagi 20,000 tempat latihan menjelang 2020.

Semua langkah itu adalah sebahagian daripada usaha luas untuk membolehkan syarikat-syarikat mengubah dan kekal berdaya saing secara global.

- CNA/FZ/fa

Top