Images
  • infant care
    Gambar fail kanak-kanak dengan seorang ibu yang hamil. (Gambar: TODAY)

Pemeriksaan rutin kencing manis disarankan untuk wanita hamil

SINGAPURA: Mulai hari ini (12 Jan) pemeriksaan rutin bagi kencing manis semasa hamil atau GDM akan disarankan kepada semua wanita hamil di institusi-institusi jagaan kesihatan awam Singapura.

Sebelum ini hanya mereka yang berisiko tinggi disasarkan untuk pemeriksaan.

Satu garis panduan baru dilancarkan untuk mengesan dan merawat masalah tersebut dengan lebih baik.

Ini selepas satu ujian perintis tahun lalu mengesan pertambahan 20 peratus kes GDM.

Kajian juga menunjukkan pengesanan awal GDM akan mengurangkan kos rawatan pada masa akan datang. 

- CNA/NU/nk

Top