Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksa bertauliah dijangka mengaku bersalah bagi kes jejambat PIE runtuh

Pemeriksa bertauliah bagi kerja-kerja struktur jejambat PIE yang runtuh dijangka mengaku bersalah di mahkamah pada 7 November ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 06:43PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:04PM

SINGAPURA: Pemeriksa bertauliah bagi kerja-kerja struktur jejambat PIE yang runtuh dijangka mengaku bersalah di mahkamah pada 7 November ini.

Tarikh itu ditetapkan di sidang sebelum perbicaraan hari ini (19 Sep).

Jejambat tersebut runtuh pada Julai tahun lalu, menyebabkan seorang pekerja mati dan 10 yang lain cedera.

Leong Sow Hon, 60 tahun, menghadapi dua tuduhan.

Salah satunya - gagal menyemak reka bentuk struktur dan menjalankan perkiraan asal bagi corbel, iaitu bahagian yang menyokong struktur di atasnya, selepas sebahagian jejambat itu runtuh.

Lima lagi pihak yang terlibat dalam kes itu meminta kes mereka ditangguhkan hingga lewat Oktober ini.

Ada yang didakwa mengabaikan keretakan pada corbel, sementara yang lainnya memadamkan pesanan whatsapp yang relevan kepada siasatan.

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan