Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemegang kad CHAS hanya perlu bayar S$2 bagi pemeriksaan fungsi tubuh; percuma bagi golongan perintis

Para warga tua akan membayar pada kadar subsidi apabila melakukan pemeriksaan fungsi tubuh seperti pendengaran, penglihatan dan kesihatan mulut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 06:50PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:42PM

SINGAPURA: Para warga tua akan membayar pada kadar subsidi apabila melakukan pemeriksaan fungsi tubuh seperti pendengaran, penglihatan dan kesihatan mulut.

Ia dilakukan di bawah Projek Pemeriksaan Warga Emas yang merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan dan Yayasan Temasek Cares untuk membantu golongan tua.

Di bawah projek itu, golongan Generasi Perintis boleh melakukan pemeriksaan tersebut secara percuma.

Warga tua berusia lebih 60 tahun yang memiliki kad CHAS pula hanya dikenakan bayaran $2, manakala yang lainnya membayar $5.

Baucar bernilai antara $15 hingga $200 pula akan diberikan kepada mereka yang perlu pakai cermin mata, alat bantuan pendengaran dan gigi palsu.

Pemeriksaan fungsi tubuh itu akan dilakukan di tempat-tempat yang mudah dikunjungi orang ramai seperti Kelab Masyarakat dan Pusat Kegiatan Warga Tua.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan