Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembantu rumah dibicarakan atas kesalahan seksual terhadap budak 11 tahun

Seorang pembantu rumah asing berusia 33 tahun dibicarakan atas tuduhan melakukan aksi seksual terhadap anak majikannya yang ketika itu berusia 11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu rumah dibicarakan atas kesalahan seksual terhadap budak 11 tahun
Diterbitkan : 18 Jun 2018 04:32PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 04:34PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah asing berusia 33 tahun dibicarakan atas tuduhan melakukan aksi seksual terhadap anak majikannya.

Kesalahan itu dipercayai berlaku antara Januari dengan Mei 2016, apabila mangsa berusia 11 tahun.

Warga India itu dikenakan empat tuduhan eksploitasi seksual di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, dan satu tuduhan mengugut di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.

Kedua-dua nama mangsa dan yang tertuduh tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Menurut dokumen mahkamah, pembantu rumah asing itu mencium budak tersebut di bibirnya antara hujung Januari dan awal Februari 2016.

Dalam dua lagi kejadian berasingan, wanita tersebut dikatakan menyuruh mangsa melakukan kelakuan sumbang ke atas dirinya.

Pada bulan Mei, tertuduh menyentuh kemaluan mangsa yang berlapiskan pakaian dalam.

Pada hujung 2016, pembantu rumah asing berkenaan juga mengugut untuk mendedahkan klip video lucah yang merakamkan kedua-dua mereka melakukan kegiatan seksual yang membuat kanak-kanak tersebut berasa takut.

Dalam kenyataan pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya Negara Chee Ee Ling berkata pihak pendakwa akan memanggil tujuh orang saksi - termasuk si mangsa dan ahli keluarganya.

Perbicaraan diadakan secara tertutup pada Isnin (18 Jun) dan disambung esok.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan