Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu wanita cedera selepas langgar lori di PIE

Seorang pemandu wanita yang berusia 44 tahun mengalami kecederaan selepas keretanya berlanggar dengan sebuah lori yang tidak bergerak di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pagi tadi (13 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu wanita cedera selepas langgar lori di PIE

Petikan skrin kereta yang melanggar lori di PIE.

Diterbitkan : 13 Mar 2018 02:34PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 02:39PM

SINGAPURA: Seorang pemandu wanita yang berusia 44 tahun mengalami kecederaan selepas keretanya berlanggar dengan sebuah lori yang tidak bergerak di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pagi tadi (13 Mac).

Rakaman video insiden berkenaan yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah kereta berwarna hitam berlanggar dengan dua lori yang diletakkan di lorong kanan PIE menghala ke Tuas.

Video tersebut turut menunjukkan bahawa lori-lori tersebut menghidupkan lampu bagi memaklumkan para pemandu supaya mengelakkan lorong paling kanan.

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada 1.20 pagi. Wanita tersebut, yang memandu kereta berwarna hitam, berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Mediacorp sudah menghubungi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mendapatkan komen.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan