Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi dijel, didenda sewakan semula kondo kepada pelacur

Seorang pemandu teksi yang menyewakan semula beberapa unit kondominium kepada pelacur dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan didenda $10,000 pada Jumaat (17 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi dijel, didenda sewakan semula kondo kepada pelacur

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 06:56PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 07:00PM

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang menyewakan semula beberapa unit kondominium kepada pelacur dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan didenda $10,000 pada Jumaat (17 Ogos).

Pada bulan lalu, Benson Goh Wee Ming, 37 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan meraih pendapatan daripada hasil pelacuran serta satu tuduhan membenarkan unit kondominium dijadikan sebagai rumah pelacuran. Lima tuduhan yang lain turut diambil pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, seorang pelacur yang ditemui Goh memberitahunya pada bulan Mac bahawa "sentiasa terdapat pelacur-pelacur wanita yang mencari unit untuk disewa sebagai tempat tinggal dan kerja".

Pelacur itu menyarankan supaya Goh menyewa sebuah unit kondominium dan menyewakan semula unit itu kepada pelacur-pelacur lain supaya dapat meraih pendapatan lebih seganda berbanding harga sewa asal.


PENANGKAPAN DIBUAT SELEPAS SERBUAN POLIS

Goh menyewakan tiga unit kondominium di Changi Road, Jalan Lokam dan Geylang East Avenue 2.

Dia meraih sejumlah S$4,700 daripada pelacur yang tinggal di unit kondominium di Changi, S$2,300 daripada mereka yang menggunakan unit di Jalan Lokam dan S$1,400 daripada mereka yang tinggal di unit di Geylang.

Goh diberkas pada Ogos tahun lalu semasa pergi ke unit kondominium di Geylang untuk mengutip wang sewa.

Polis menyerbu unit itu sehari sebelumnya dan menangkap seorang pelacur, yang dikenali sebagai Hou Xiangxiang. Seorang lagi pelacur, He Jinmei, mengaku mengiklankan khidmat seksual secara online.

Goh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$10,000 kerana memperoleh pendapatan daripada hasil pelacuran seseorang.

Dia juga boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga S$3,000 bagi kesalahan menyewakan semula unit yang disewa untuk digunakan sebagai rumah pelacuran.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan