Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi diberkas kerana akibatkan kematian pejalan kaki di Boon Keng Rd

Seorang pemandu teksi berusia 45 tahun diberkas kerana disyaki mengakibatkan kematian akibat perbuatan cuai dalam satu kemalangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi diberkas kerana akibatkan kematian pejalan kaki di Boon Keng Rd

(Gambar: Encik Koh)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 04:44PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 04:46PM

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi berusia 45 tahun diberkas kerana disyaki mengakibatkan kematian akibat perbuatan cuai dalam satu kemalangan.

Pihak berkuasa memberitahu Mediacorp hari ini (15 Apr) bahawa mereka dimaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan teksi dan seorang pejalan kaki di Boon Keng Road menghala Towner Road pada sekitar 9.30 malam.

Mangsa, seorang lelaki 53 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Beliau kemudian disahkan mati oleh pasukan paramedik.

Penangkapan tersebut dilakukan semalam (14 Apr) dan polis masih menjalankan siasatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan