Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Maserati yang pandu bertentangan trafik di Lorong Chuan bakal didakwa

Pemandu Maserati yang dirakam di kamera memandu bertentangan trafik di Lorong Chuan bulan lalu akan didakwa pada Rabu (17 Okt) atas memandu dengan bahaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Maserati yang pandu bertentangan trafik di Lorong Chuan bakal didakwa

Petikan gambar daripada video. (Gambar: Beh Chia Lor/Facebook)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 11:54PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 11:57PM

SINGAPURA: Pemandu Maserati yang dirakam di kamera memandu bertentangan trafik di Lorong Chuan bulan lalu akan didakwa pada Rabu (17 Okt) atas memandu dengan bahaya.

Rakaman kereta yang dimuat naikkan di Facebook menunjukkan sebuah kereta Maserati berwarna hitam memandu dengan laju dan cuba memotong sebuah lori dari kanan di laluan jalan raya dua lorong.

Pemandu kereta tersebut kemudian naik ke atas bebendul jalan, melencong ke arah bertentangan jalan raya dan terus memandu dengan laju.

Insiden tersebut berlaku pada 7 Sep pada sekitar 1.05 petang. Pemandu Maserati, seorang lelaki 49 tahun, diberkas pada 12 Sep, sehari setelah pihak berkuasa dimaklumkan mengenai rakaman tersebut, menurut polis. Tiada kecederaan dilaporkan.

Lelaki tersebut akan didakwa kerana memandu dengan bahaya di bawah Akta Trafik Jalan Raya.

Mereka yang didapati bersalah, boleh didenda sehingga S$5,000 dan dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan.

Pesalah berulang kali, mungkin boleh didenda sehingga S$10,000 dan dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun. Lesen memandu mereka juga mungkin dibatalkan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan