Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu keselamatan, kotak hitam perlu dipasang dalam AV semasa diuji

Kenderaan tanpa pemandu (AV) yang diuji perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya, seorang pemandu perlu berada dalam kenderaan semasa ujian dijalankan. Perakam data kotak hitam juga perlu dipasang dalam kenderaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu keselamatan, kotak hitam perlu dipasang dalam AV semasa diuji

Kenderaan tanpa pemandu (AV) yang dihasilkan NTU. (Gambar: Kevin Kwang)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 05:11PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 05:13PM

SINGAPURA: Kenderaan tanpa pemandu (AV) yang diuji perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya, seorang pemandu perlu berada dalam kenderaan semasa ujian dijalankan. Perakam data kotak hitam juga perlu dipasang dalam kenderaan.

Ini ditegaskan Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Melvin Yong berkaitan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya.

Dr Puthucheary mendedahkan bahawa terdapat 14 AV yang diluluskan untuk diuji di jalan raya di one-north, serta kawasan-kawasan seperti di sekitar Universiti Nasional Singapura dan Taman Sains Singapura 1 dan 2.

Beliau menekankan bahawa ujian-ujian ini harus "memenuhi peraturan-peraturan ketat" bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya.

Dr Puthucheary menarik perhatian kepada beberapa langkah yang dijalankan termasuk perlunya ada seorang pemandu keselamatan yang dilatih untuk segera mengambil tindakan jika perlu.

"Tambahan lagi, semua AV perlu memasang sistem amaran kerosakan kenderaan yang akan memberi amaran kepada pemandu keselamatan sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Ini membolehkan mereka untuk bertindak dengan segera," kata Dr Puthucheary.

"LTA hanya akan mengecualikan peraturan yang menugaskan seorang pemandu keselamatan selepas syarikat-syarikat AV dapat membuktikan teknologi mereka selamat dan cekap."

Menyentuh tentang perakam data kotak hitam, beliau menjelaskan bahawa peranti tersebut menyimpan rakaman video dan mengumpul data-data utama daripada AV.

Syarikat-syarikat juga perlu mendapatkan perlindungan insurans terhadap pihak lain atau kerosakan harta benda bagi kenderaan-kenderaan tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa semua AV perlu menjalani penilaian keselamatan untuk menunjukkan bahawa ia mampu menangani situasi-situasi asas dan berhenti dengan selamat sekiranya ia mengesan sebarang halangan.

Pada tahap awal, AV diuji di jalan raya yang tidak dilalui banyak pengguna jalan raya lain. Ia kemudian akan diuji dalam "persekitaran lebih rumit" sekiranya ia menunjukkan keupayaan lebih baik. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan