Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu kereta sewa privet mungkin dibenarkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan tertentu

Pemandu kereta sewa privet mungkin boleh menuntut pelepasan cukai bagi petrol, kos sewa kenderaan dan perbelanjaan perniagaan lain seperti harga cuci kereta dan bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP), sekiranya pindaan pada Akta Cukai Pendapatan diluluskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:04PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:13PM

SINGAPURA: Pemandu kereta sewa privet mungkin boleh menuntut pelepasan cukai bagi petrol, kos sewa kenderaan dan perbelanjaan perniagaan lain seperti harga cuci kereta dan bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP), sekiranya pindaan pada Akta Cukai Pendapatan diluluskan.

Ini bermakna pemandu kereta sewa privet diberi manfaat serupa dengan pemandu teksi bagi perbelanjaan yang boleh ditolak cukai.

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan hari ini (19 Jun) bahawa pihaknya sedang mendapatkan maklum balas tentang usulan itu selepas menyemak semula isu tersebut bersama Kementerian Pengangkutan (MOT), sambil menarik perhatian bahawa para pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet kini memberi khidmat pengangkutan yang serupa.

Oleh itu, MOF mengusulkan untuk membenarkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan kereta yang ditampung pemandu kereta sewa privet.

Tertakluk kepada syarat, pemandu sedemikian akan dibenarkan menuntut pelepasan cukai bagi:

- Perbelanjaan (selain yuran perkhidmatan yang dibayar kepada pengendali platform) yang ditampung untuk meraih pendapatan berdasarkan nisbah yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan yang ditetapkan pada "40 peratus daripada jumlah pendapatan memandu tidak terkecuali yuran perkhidmatan."

- Yuran perkhidmatan yang dibayar kepada pengendali platform adalah berdasarkan jumlah yang harus dibayar di bawah peraturan cukai biasa.

Pemandu kereta sewa privet juga boleh memilih untuk menuntut pengecualian cukai berdasarkan kos beroperasi dan yuran perkhidmatan yang dibayar daripada pendapatan mereka, menurut MOF.

Pindaan itu diusulkan di tengah-tengah gesaan Persatuan Kereta Sewa Privet Nasional untuk mengenakan cukai yang lebih saksama ke atas para pemandu seperti pengurangan cukai yang dinikmati pemandu teksi.

Usulan untuk membenarkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan perniagaan pemandu kereta sewa privet adalah antara beberapa pindaan kepada Akta Pendapatan Cukai yang diminta maklum balas oleh MOF.

Orang ramai boleh mengakses dokumen rundingan terperinci bagi draf Rang Undang-Undang Pendapatan Cukai (Pindaan) di laman MOF dan portal REACH. Mereka boleh berkongsi pandangan dari 20 Jun hingga 11 Julai. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan