Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai kegiatan dianjurkan sempena Hari Bapa

Ratusan bapa di Singapura menyertai pelbagai kegiatan sempena Hari Bapa hari ini (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai kegiatan dianjurkan sempena Hari Bapa

Golongan bapa meraikan Hari Bapa di Hab Sukan Singapura. (Gambar: Singapore Sports Hub)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 06:45PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 06:49PM

SINGAPURA: Ratusan bapa di Singapura menyertai pelbagai kegiatan sempena Hari Bapa hari ini (17 Jun).

Karnival "Dad's Day Out" di Hab Sukan, dianjurkan Pusat Kebapaan Seumur Hidup dengan kerjasama Mediacorp.

Pelbagai kegiatan diadakan untuk meraikan para bapa masa lalu, sekarang dan pada masa depan.

Speaker Parlimen Tan Chuan Jin menyentuh tentang banyak cabaran golongan bapa termasuk mengimbangi jadual kerja yang sibuk dan memantau penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Encik Tan berkata yang paling penting adalah menghabiskan masa dengan keluarga.

Sambutan Hari Bapa kali ini turut melibatkan golongan datuk. Golongan inilah dikatakan kaya dengan pengetahuan boleh dikongsi dengan keluarga.

Pelbagai kegiatan dan latihan untuk para bapa akan dilanjutkan sepanjang tahun ini.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan