Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan, penyewa berpindah ke lokasi lain jelang penutupan Century Square

Century Square, pusat beli-belah tertua di kalangan tiga pusat beli-belah di Tampines, akan ditutup pada bulan depan selama setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan, penyewa berpindah ke lokasi lain jelang penutupan Century Square

Pusat beli-belah Century Square. (Gambar: Kenneth Cheng/TODAY)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 05:39PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 05:49PM

SINGAPURA: Beberapa minggu sebelum pusat beli-belah Century Square di Tampines ditutup bagi kerja ubah elok secara besar-besaran, jumlah pengunjung yang ke sana sudah merosot hampir separuh, dengan para penyewa mula beredar dan para pelanggan pula berbelanja di pusat beli-belah yang terletak berdekatan.

Century Square, pusat beli-belah tertua di kalangan tiga pusat beli-belah di Tampines, akan ditutup pada bulan depan selama setahun bagi menjalani kerja-kerja ubah elok yang pertama kali dijalankan sejak ia dibuka pada tahun 1995.

Kerja naik taraf itu yang dilaporkan buat pertama kali bermatlamat untuk menyegarkan khidmat dan ruang-ruang yang disediakan dalam pusat beli-belah itu.

Mediacorp difahamkan bahawa pusat beli-belah yang bakal dinaik taraf itu akan memperkenalkan ciri-ciri baru seperti skrin digital yang besar dan pengalaman membeli-belah yang unik.

Kerja naik taraf itu dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Dua minggu yang lalu, penyewa utama seperti kedai serbaneka BHG, pengendali pawagam Shaw dan pasar raya FairPrice Finest sudah menutup kedai masing-masing.

Ketika wartawan Mediacorp mengunjungi pusat beli-belah itu pada waktu makan tengah hari, jumlah pelanggan di sana semakin berkurangan berbanding bilangan pengunjung di pusat beli-belah berdekatan seperti Tampines Mall dan Tampines1.

Menurut seorang pereka fesyen rambut berusia 54 tahun di sebuah kedai gunting rambut di tingkat empat Century Square, kedai itu hanya mempunyai seramai 20 berbanding 40 pelanggan setiap hari sebelum ini. Kedai itu bakal ditutup pada 29 Ogos.

Universal Optical, salah satu penyewa pertama pusat beli-belah itu, sedang menunggu untuk menandatangani satu kontrak supaya ia dapat kembali berniaga di pusat beli-belah yang dinaik taraf itu. Para penyewa lama yang lain turut membuat rancangan untuk kembali berniaga di sana.

Peruncit produk kecantikan dan dandanan diri Tins and Bottles, yang sudah berniaga di Century Square selama hampir 20 tahun, akan dibuka pada pertengahan tahun depan, kata pengurus kedai, Jesicca Chua.

Buat masa ini, kedai itu akan beroperasi di Eastpoint Mall di Simei.

Beberapa penduduk Tampines memberitahu Mediacorp bahawa mereka perlu mencari tempat lain untuk membeli-belah.

Menurut seorang suri rumah berusia 62 tahun, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Lim, beliau mewarnakan dan mendandan rambutnya setiap enam minggu di kedai rambut Beijing 101 di Century Square.

Memandangkan kedai itu sudah ditutup sekarang, beliau terpaksa melanggani cawangan terdekat di Eastpoint, dengan beliau terpaksa berjalan kaki selama 20 minit dari rumahnya di Tampines Street 11.

Menurut Cik Lim lagi, ia bukan sesuatu yang disenanginya ...dan kedai di Eastpoint juga jauh lebih kecil. 

Sumber : Today/NA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan